SUKAN DAN REKREASI


INFO PROGRAM:

- Terbuka kepada semua Ahli WARIS.
- Bayaran penyertaan sebanyak RM 100.00 seorang (termasuk bayaran guider, pengangkutan, baju dan makanan)
- Tarikh tutup penyertaan dan sesi taklimat ringkas akan diadakan pada 26 Ogos 2010 (Khamis)
- Bayaran penyertaan perlu dijelaskan pada sesi taklimat tersebut bagi memudahkan urusan keperluan aktiviti ini.
- Peserta perlu membawa sendiri Khemah, Sleeping Bag, Climbing Bag, Sleeping Matt, dan peralatan perkemahan yang lain. 

Program Redah Gunung Tapis ini merupakan kesinambungan daripada program mendaki gunung yang pernah diadakan oleh WARIS. Namun begitu Redah Gunung Tapis lebih bersifat santai kerana tahap kesukaran pendakian pada tahap sederhana. Ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan dikalangan ahli WARIS.

Gunung Tapis yang terletak di 16km dari Bandar Sungai Lembing, Pahang, mempunyai ketinggian setinggi 1,512 meter (4,960 kaki). Ia mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.


TENTATIF PROGRAM:
Hari pertama (24/9/2010) 

8.00pagi : Berkumpul di lobi JMM
9.00pagi : Bertolak ke Muzium Sg. Lembing
11.30pagi : Tiba di Muzium Sg.Lembing 
12.00tgh : Makan tengahari/Solat
2.00ptg : Bertolak dari Muzium Sg Lembing ke Base camp 1 menaiki Kenderaan
3.00ptg : Trekking dari Base camp 1 ke Base camp 2 (Kem agas**) 
7.00ptg : Tiba di Base camp 2 (bermalam) 
8.00mlm : Taklimat pendakian oleh guider/Aktiviti bebas/Solat/Tidur 
**Base camp 2 memang banyak agas. Sila bawa keperluan yang patut.

Hari kedua (25/9/2010)

6.30pagi : Solat Subuh 
7.30pagi : Sarapan/Bersiap** 
9.00pagi : Trekking ke Base camp 3
10.30pagi : Mula mendaki ke puncak dari Base camp 3 
1.30ptg : Tiba di puncak Gunung Tapis/Sesi bergambar/Makan tengahari 
3.00ptg :Turun ke Base camp 2 
7.00 ptg : Tiba di Base camp 2 (bermalam) 
**Peralatan khemah akan ditinggalkan di Base camp 2. Hanya bawa barangan keperluan seperti makanan, kamera, ubat-ubatan dll.

Hari ketiga (26/9/2010)

6.30pagi : Solat Subuh 
7.30pagi : Sarapan/Bersiap 
9.00pagi : Bergerak ke Base camp 1 
1.00ptg : Tiba di Base camp 1/Makan tengahari
2.00ptg : Bergerak ke air terjun pelangi menaiki Kenderaan**
3.30ptg : Tiba di tapak air terjun(mandi/bergambar)
4.30ptg : Bergerak ke Muzium Sg. Lembing menaiki Kenderaan 
7.00ptg : Tiba di Muzium Sg. Lembing dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur
**Program ke Air Terjun Pelangi akan dijalankan mengikut keadaan masa,cuaca dan peserta.