Wednesday, August 18, 2010

Redah Gunung Tapis


INFO PROGRAM:
- Terbuka kepada semua Ahli WARIS.
- Bayaran penyertaan sebanyak RM 100.00 seorang (termasuk bayaran guider, pengangkutan, baju dan makanan)
- Tarikh tutup penyertaan dan sesi taklimat ringkas akan diadakan pada 26 Ogos 2010 (Khamis)
- Bayaran penyertaan perlu dijelaskan pada sesi taklimat tersebut bagi memudahkan urusan keperluan aktiviti ini.
- Peserta perlu membawa sendiri Khemah, Sleeping Bag, Climbing Bag, Sleeping Matt, dan peralatan perkemahan yang lain. 

Program Redah Gunung Tapis ini merupakan kesinambungan daripada program mendaki gunung yang pernah diadakan oleh WARIS. Namun begitu Redah Gunung Tapis lebih bersifat santai kerana tahap kesukaran pendakian pada tahap sederhana. Ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan dikalangan ahli WARIS.

Gunung Tapis yang terletak di 16km dari Bandar Sungai Lembing, Pahang, mempunyai ketinggian setinggi 1,512 meter (4,960 kaki). Ia mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

BIRO SUKAN DAN REKSREASI